- Teori Pembelajaran Behavioris
- Teori Pembelajaran Kognitif
- Teori Pembelajaran Konstruktivis
- Teori Pembelajaran Sosial
- Model Pengajaran Pemprosesan Maklumat
- Model Pengajaran Sistem Behavioral
- Model Pengajaran Sosial
- Model Pengajaran Personal
Perbandingan Objektivisme Dengan Konstruktivisme Dalam Pendidikan
Objektivisme | Konstruktivisme | |
Tanggapan Utama | Pengetahuan wujud bebas dari persekitaran dalaman dan luaran pelajar | Pengetahuan bukan objektif, apa yang kita benar-benar tahu dan faham hanyalah persepsi kit. Ia ditentukan oleh kita semua. Pengetahuan tidak mempunyai struktur mutlak |
Kesan | Guru menolong murid membina pengetahuan dan rangka konteks di mana ia wujud. Mereka mengguna analogi, contoh dan pelbagai kaedah mengingat. Mereka tanya soalan untuk membantu murid | Guru menolong murid membina kefahaman baru dan menolong murid merakamkannya ke dalam struktur kognitif sedia ada. Mereka melakukannya dengan menolong murid membentuk analogi, contoh dan kaedah mengingat murid sendiri, dan guru menolong murid membentuk soalan yang perlu ditanya bagi membimbing mereka ke arah kefahaman yang lebih tinggi |
Respons Guru | "ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan ajar kepada anda apa yang saya tahu" "Saya ajari ini, mereka belajar ini" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar apa saja yang saya ajarkan" | "Ada perkara yang anda hendak tahu dan saya akan tolong anda mengetahui bagaimana anda boleh belajar mengenainya" "Saya ajar ini, mereka belajar itu" "Pelajar ini sungguh bijak, mereka belajar perkara yang saya tidak pernah rancang untuk ajar mereka" |
Apa dia pengajaran?
Pengajaran ialah sesuatu tugasan dan aktiviti yang diusahakan bersama oleh guru dan muridnya. Pengajaran ini adalah dirancangkan guru secara sisitematik dan teliti untuk melaksanakannya dengan kaedah dan teknik mengajar yang sesuai, membimbing, menggalak dan memotivasikan murid supaya mengambil inisiatif untuk belajar, demi memperolehi ilmu pengetahuan dan menguasai kemahiran yang diperlukan.
Apakah ciri-ciri Pengajaran?
Apa dia pembelajaran?
Umumnya “Pembelajaran merupakan proses memperolehi ilmu pengetahuan atau kemahiran”. Mengikut Robert M. Gagne (1970)dalam The Condition of Learning, pembelajaran merupakan “perubahan tingkahlaku atau kebolehan seseorang yang dapat dikekalkan, tidak termasuk perubahan yang disebabkan proses pertumbuhan”.
Mengikut Woolfolk (1980) dalam Educational Psychology for Teachers, pembelajaran dilihat sebagai perubahan dalaman yang berlaku kepada seseorang dengan membentuk perkaitan yang baru, atau sebagai potensi yang sanggup menghasilkan tindak balas yang baru.
Pembelajaran :