Sedikit sebanyak tentang Blog ini ....

Blog ini telah ditubuhkan khas bagi memenuhi keperluan tugasan EDU3103 yang memerlukan kami( PISMP 2 H ) untuk membina satu E-Buletin yang berasaskan sistem blog. Semoga sedikit sebanyak ilmu yang terdapat di dalam blog ini dapat membantu . ^^

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu

Teori Pembelajaran

Teori Pembelajaran
  • Teori Pembelajaran Behavioris
  • Teori Pembelajaran Kognitif
  • Teori Pembelajaran Konstruktivis
  • Teori Pembelajaran Sosial

TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORAL

- Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk atau frekuensi tingkahlaku.
- Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkahlaku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.
- Pembelajaran memerlukan penyususunan (stimuli) rangsangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.

EDWARD LEE THORNDIKE
- Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
- Ganjaran dan denda dua faktor penting bantu pembelajaran manusia.
- Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara rangsangan dan gerak balas.
- Motivasi, ganjaran dan denda amata penting dalam proses pembelajaran.
- Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G.(Rangsangan dan Gerak balas)


- Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike
iaitu :
- Hukum Kesediaan (HK),
- Hukum Aneka Gerak Balas (HAGB) dan
- Hukum Latihan dan Hukum Kesan.(HL&K)



KONSEP TEORI PEMBELAJARAN BEHAVIORISM

•Pembelajaran sebagai satu perubahan dalam bentuk frekuensi bentuk atau tingkah laku.
•Dalam bentuk pendekatan behavioral, tingkah laku pelajar dinilai sebelum memulakan pengajaran.
•Pembelajaran memerlukan penyusunan (stimuli ) ransangan dalam persekitaran supaya pelajar dapat respons dan diberi pengukuhan.

IVAN PETRORICH PAVLOV (1849-1936)

PRINSIP PELAZIMAN KLASIK PAVLOV

Beberapa konsep penting dalam proses pengajaran dan pembelajaran dihasilkan melalui prinsip pelaziman yang dikemukan oleh Pavlov. Konsep tersebut adalah:
1. Diskriminasi
2. Penghapusan
3. Generalisasi
4. Pembelajaran semula

GENERALISASI

•Generalisasi bermaksud rangsangan yang sama akan menghasilkan tindakan yang sama.
•Contohnya : Ali menjadi risau setiap kali ujian kimia diadakan. Ali juga menjadi risau setiap kali ujian biologi diadakan, kerana kedua mata pelajaran tersebut mempunyai perkaitan antara satu sama lain.
•Jadi, kerisauan dalam satu mata pelajaran (kimia) telah digeneralisasikan kepada satu mata pelajaran (biologi).

DISKRIMINASI

•Berlaku apabila individu bertindak balas terhadap sesuatu ransangan yang tertentu sahaja dan tidak ada pada rangsangan yang lain.
•Dalam kajian terhadap anjing, didapati anjing tersebut hanya bertindak balas apabila mendengar bunyi loceng sahaja, tetapi tidak pada bunyi selain daripada loceng.
•Dalam kes Ali, Ali tidak akan menjadi risau jika mengambil ujian bahasa Inggeris atau sejarah, kerana kedua-dua mata pelajaran tersebut amat berbeza dari mata pelajaran sains.

PENGHAPUSAN

•Berlaku apabila ransangan terlazim yang tidak disertai dengan ransangan tidak terlazim.
•Dalam kajian Pavlov, bunyi loceng yang tidak disertai ransangan tak terlazim (daging).
•Dalam hal ini, lama-kelamaan bunyi loceng tadi tidak akan merangsang anjing tersebut untuk mengeluarkan air liur. Tindak balas akhir akan terhapus dan prinsip ini dikenali sebagai penghapusan.

EDWARD LEE THORNDIKE (1874-1949)

•Manusia belajar menggunakan kaedah cuba dan ralat.
•Ganjaran dan denda faktor penting membantu pembelajaran manusia.
•Pembelajaran manusia berlaku mengikut hubungan antara ransangan dan gerak balas.
•Motivasi, ganjaran dan denda amat penting dalam proses pembelajaran.
•Beliau mengemukakan teori perikatan dikenali sebagai Teori R-G ( Ransangan dan Gerak balas)

Teori R-G menjadi asas tiga hukum Thorndike iaitu :
1) Hukum Kesediaan (HK)
Kesediaan dari segi psikomotor, efektif, kognitif sebelum boleh belajar.

2) Hukum Latihan dan (HL)
Latihan yang diulang-ulang untuk tingkatkan kemahiran.
3) Hukum Kesan (HK)
Kesan yang menyeronokkan meningkatkan pertalian antara ransangan dan gerak balas.

JOHN BROADUS WATSON (1878-1958)

•Ahli psikologi pertama menggunakan perkataan “behaviorisme”.
•Sangat dipengaruhi model pelaziman klasik Pavlov.
•Perbezaan antara manusia ialah pengalaman.
•Pengalaman yang baik boleh diubah menjadi pengalaman yang buruk.
•Rangsangan yang didedahkan dan jenis gerak balas akan mempengaruhi pengalaman pembelajaran murid.

Watson ‘Little Albert Experiment’ 
•Menggambarkan kuasa pelaziman (conditioning).
•Albert - 11 bulan – tidak menunjukkan sebarang rasa takut pada seekor tikus putih. Semasa pelaziman Albert hendak mengambil tikus, bunyi pemukul diketuk pada besi.
•Kesannya Albert terkejut dan terjatuh.keadaan itu diulang berkali-kali. (tikus putih dan berbunyi pemukul).
•Akhirnya eksperimen menunjukkan Albert memberi reaksi emosional terhadap tikus contohnya takut pada tikus, anjing, arnab. Selepas diuji lagi ia menunjukkan reaksi emosi yang sederhana.
•Kesimpulannya.
Pelaziman boleh melahirkan reaksi emosional.

BURRHUS FREDERIC SKINNER (1904-1990)

•Menurut Skinner (1953) kajiannya menunjukkan pelaziman operan organisma bertindakbalas terhadap persekitaran dalam proses pembelajaran
•Pelaziman operan meningkatkan kebarangkalian pengulangan sesuatu gerak balas.
•Peneguhan biasanya dapat menambahkan kebarangkalian gerak balas yang akan berlaku.

ImplikasiTeori Thorndike dalam
Pengajaran-Pembelajaran

- Untuk meningkatkan tahap kesediaan belajar, guru harus menggunakan motivasi yang sesuai.·
- Mengukuhkan pertalian antara rangsangan dan gerakbalas pelajar dengan membanyakkan aktiviti latihan,ulangkaji, aplikai, serta pengukuhan dalam keadaan yangmenyeronokan.·
- Memberi ganjaran atau peneguhan untuk respons atau gerak balas yang betul daripada pelajar·
- Memberi peluang kepada pelajar untuk menikmati kejayaan dalam pembelajaran mereka.






TEORI PEMBELAJARAN KOGNITIF 
PELOPOR
1. Wolfgang Kohler (1887-1967)
kajian ke atas 5 ekor cimpanzi iaitu Chica, Grande, Konsul, Ranan dan Sultan
-
 Prinsip pembelajaran celik akal Kohler
2. 
Jerome Seymour Bruner (1915-sekarang)
Beliau sering dikaitkan dengan pembelajaran penemuan.

3. 
David Ausubel (1918-kini)
Mengkaji teori pembelajaran khususnya mengenai advance organizer




TEORI PERKEMBANGAN KOGNITIF

PERINGKAT_PERINGKAT PERKEMBANGAN KOGNITIF.

Terdapat 4 peringkat dalam perkembangan kognitif:
i) Peringkat Sensorimotor (0-2 tahun )
ii) Peringkat Pra-Operasi (2-7 tahun )
iii) Peringkat Operasi Konkrit ( 7-11 tahun )
iv) Peringkat Operasi Formal ( 11 tahun ke atas )

i) Peringkat Sensorimotor ( 0-2 tahun )

Pada peringkat ini, bayi menggunakan deria dan pergerakan fizikal untuk mempelajari tentang apa yang ada di sekitarnya.
Contohnya: Bayi menggunakan mulut untuk merasa sesuatu objek.
Mengkoordinasikan mata dan tangan untuk mencapai objek.

Peringkat ini juga merupakan peringkat di mana bayi mengkoordinasikan maklumat deria yang diperoleh dengan kebolehan motor untuk membentuk skema tingkahlaku yang membolehkan mereka meneroka apa yang terdapat di persekitarannya.

Selain itu,mereka merasa puas menggunakan mulut untuk merasa dan menghisap objek yang ada di sekitarnya. Kepuasan ini terhasil apabila mereka berupaya mengenakan sesuatu tindakan ke atas sesuatu objek dan mereka akan melakukan perbuatan tersebut secara berulang-ulang.

Mereka juga berupaya menunjukkan permulaan pemikiran logik. Aktiviti fizikal mereka mula mempunyai matlamat-matlamay yang mudah.

Pada peringkat akhir sensorimotor, kanak-kanak melakukan imitasi terhadap tingkahlaku yang dilihat.
Contohnya : Meniru melambaikan tangan.
Menyuapkan makanan ke dalam mulut.

Mereka juga akan mencapai tahap pengekalan objek iaitu kebolehan untuk menggambarkan objek di dalam memori. Kanak-kanak tidak akan mempunyai memori terhadap objek yang tiada di penglihatan mereka.


ii) Peringakat Pra-Operasi ( 2-7 tahun )

Mereka mula menggunakan minda untuk membentuk skema baru. Mereka dapat merancang pergerakan atau aktiviti dengan menggunakan minda mereka untuk membentuk skema.

Pada peringkat ini juga, kanak-kanak dapat mewakili sesuatu dengan simbol mental iaitu,bahasa,isyarat,gambar dan sebagainya. Simbol ini digunakan untuk menyatakan objek,orang atau peristiwa yang dialami oleh kanak-kanak.

Mereka juga mampu menceritakan pengalaman mereka dengan menggunakan ayat-ayat medah dan mereka juga mampu mengingat semula peristiwa yang sudah berlaku dan dapat membuat perbandingan dengan dua peristiwa yang berlaku.

Apa yang dapat dilihat pada peringkat ini adalah, mereka berkebolehan dalam permainan membayangkan ( pretend play ).
Contohnya : Mengambil watak kartun atau ibu atau ayah.

Pemahaman kanak-kanak pada peringkat ini bergantung kepada ciri-ciri jelas dan nyata. Mereka belum mampu untuk berfikir secara logik dan rasional. Oleh yang demikian, kanak-kanak pada peringkat ini tidak dapat menguasai proses menaakul,keterbalikan dan transformasi.


iii) Peringkat Operasi Konkrit (7 - 11 tahun )

Pada tahap ini, kanak-kanak tidak lagi berfikir secara egosentrik seperti yang berlaku pada tahap praoperasi. Perasaan ingin tahu menjadikan kanak-kanak pada tahap ini akan gemar bertanyakan sesuatu yang menarik minat mereka kepada orang yang lebih dewasa.

Perkembangan semangat inkuiri ini seterusnya menyebabkan mereka mula menerima pendapat orang lain. Kanak-kanak akan mula belajar bermain dan bergaul dengan rakan-rakan yang sebaya kerana pada tahap ini mereka akan mula memasuki zaman persekolahan. Perubahan yang dapat dilihat ialah mereka sedikit demi sedikit sudah mula memahami unsur-unsur pemikiran logik. Mereka faham akan konsep-konsep nombor, berat, susunan dan padatan. mereka juga faham akan konsep pengekalan sesuatu benda atau objek.

Walaubagaimanapun, kanak-kanak pada umur sebegini masih belum memahami atau menaakul tentang perkara-perkara yang abstrak seperti konsep kenegaraan, ketuhanan, makna hidup dan sebagainya. Mereka hanya memahami konsep-konsep yang konkrit atau objektif seperti mengenali haiwan, tumbuhan dan sebagainya.

Dengan itu, Inhelder dan Piaget (1958) menegaskan bahawa kanak-kanak pada tahap ini boleh melaksanakan sesetengah operasi ke atas objek lain tetapi tidak boleh beroperasi ke atas operasi atau proses pemikirannya sendiri.

iv) Tahap Operasi Formal (11 tahun ke atas )

Pada peringkat ini, kanak-kanak boleh melakukan proses mental ke atas idea2 dan membuat jangkaan atau andaian berdasarkan fakta. Pemikiran mereka belum lagi terikat kepada bahan-bahan konkrit. Mereka sudah boleh memikirkan idea secara abstrak dan membuat hipotesis walaupun ianya bukan realiti.

Kanak-kanak di dalam peringkat ini boleh mengkaji masalah-masalah abstrak secara sistematik dan membuat generalisasi terhadap masalah tersebut. Kebolehan mereka memikirkan penyelesaian yang mungkin secara induktif atau deduktif memungkinkan mereka membuat kajian dan menggunakan pemikirahn saintifik. Selain itu, ciri2 egosentrik remaja muncul dalam peringkat ini. Ianya berlainan dengan egosentrik di peringkat pra operasi. Remaja lebih tertumpu kepada idea dan pemikiran mereka sendiri. Mereka susah utk menerima pandangan dan pendapat orang lain. Mereka juga mempunyai perasaan seperti perbuatan mereka sentiasa diperhatikan oleh orang sekeliling. 
Rumusan
  • Proses kognitif boleh mempengaruhi pembelajaran.
  • Murid memainkan peranan aktif dalam proses pembelajaran, bukan guru yang menentukan apa yang akan/tidak dipelajari.
  • Pembelajaran melibatkan proses hubungan proses mental yang tidak dapat diperhatikan.
  • Pengetahuan biasanya disusun sistematik.
  • Proses mengitegrasikan maklumat baru dengan maklumat yang pernah dipelajari.
Implikasi terhadap P&P
  • Murid perlu diberi peluang untuk menemui perhubungan.
  • Guru berperanan sebagai fasilitator dalam P&P.
  • Guru perlu sedar murid mungkin berada dalam mod pembelajaran yang berbeza.
  • Murid seharusnya dibekalkan dengan bahan pembelajaran, aktiviti dan alatan yang padan dengan tahap kognitif mereka.

Teori Pembelajaran Konstruktivis

Pengertian Konstruktivisme

Konstruktivisme ialah teori pembelajaran yang melihat pelajar sebagai pembina pengetahuan, bukan sebagai penerima pengetahuan. Pelajar membina pengetahuan tentang topik yang dipelajari dengan cara mengaitkannya dengan pengetahuan atau pengalaman sedia ada masing-masing. mereka tidak menerima bulat-bulat pengetahuan yang disampaikan.

Teori ini mempunyai kaitan dengan asas teori kognitif dengan memberi penekanan pada bagaimana struktur kognitif membina dan mengkoordinasi pengetahuan.


Teori Konstruktivisme Psikologi/Individu/Kognitif -Jean Piaget-
Menurut Piaget, keupayaan menguruskan maklumat dan pengetahuan berlaku secara berperingkat. Ia bermula dengan pengetahuan sedia ada dalam struktur kognitif. Struktur asas ini dinamakan sebagai skema.
Pengetahuan dibina apabila maklumat diserap masuk dan disesuaikan dalam struktur kognitif melalui proses adaptaasi.

2 Proses Adaptasi
1. Asimilasi
- Asimilasi ialah maklumat baharu yang mempunyai ciri-ciri persamaan dengan maklumat sedia ada (skema). Ia akan diserap dengan mudah dalam struktur kognitif dan menghasilkan keseimbangan(equilibrasi)

2. Akomodasi
- Akomodasi ialah maklumat baharu yang tidak mempunyai persamaan dengan maklumat sedia ada dan akan menyebabkan berlakunya ketidakseimbangan dalam struktur kognitif (disequilibrasi) Maklumat baru akan diserap masuk melalui pembacaan dan perbincangan sekaligus akan mencapai keseimbagan.

Proses asimilasi dan akomodasi akan berlaku sepanjang hidup. Proses adaptasi akan yang semakin kompleks, skema juga menjadi kompleks. Skema yang semakin kompleks ini akan membentuk struktur kognitif. Melalui proses adaptasi juga, maklumat dalam struktur kognitif sentiasa diorganisasi untuk disimpan dan digunakan apabila perlu.

Teori Konstruktivisme Sosial -Lev Vygotsky-
Teori perkembangan kognitif Vygotsy merupakan asas kepada teori ini. Menurut Vygotsky, perkembangan konsep kanak-kanak berkembang sistematis, logikal serta rasional dengan bantuan dan bimbingan orang lain. Jadi teori konstruktivisme sosial ini berperanan utama dalam pembelajaran dalam konteks sosio-budaya.
Dalam konteks sosial, individu berkongsi dan saling membina pengetahuan baru. penglibatan dengan orang lain memberi peluang kepada pelajar untuk menilai dan meningkatkan pengetahuan diri.

Pandangan Konstruktivisme Sosial
1. Pelajar mempunyai keunikan kerana berbeza latar belakangnya.
2. Latar belakang, pengalaman, interaksi dan budaya masyarakat amat mempengaruhi pembelajaran individu.
3. Pelajar bertanggungjawab terhadap pembinaan pengetahuan sendiri.
4. Pengalaman berjaya dan keyakinan diri mempengaruhi motivasi untuk belajar.
5. Guru sebagai fasilitator.
6. Pembelajaran berlaku dalam situasi sosial dan akif.
7. Kolaborasi antara guru, pelajar dan bahan pengajaran penting dalam pembelajaran.
8. Pembelajaran berasaskan konteks penting dalam memudahkan pelajar.

Prinsip-prinsip Konstruktivisme
1. pembelajaran berpusatkan pelajar.
2. Pembelajaran berlaku melalui proses aplikasi pengetahuan.
3. Pembelajran berlaku melalui interaksi dengan orang lain.
4. Pembinaan pengetahuan dapat diajar dan dibimbing melalui proses scaffolding.
5. Pelajar bina pengetahuan bermakna
6. Pembelajaran baharu bergantung pada pemahaman atau pengetahuan sedia ada
7. Pembelajaran bermula dengan pengetahuan sedia ada hingga tercapai matlamat.
8. Interaksi sosial membantu pembelajaran
9. Guru dan rakan sebagai fasilitator
10. Persekitaran pembelajaran yang kompleks membantu pembinaan pengetahuan baharu.
11. Pengaruh sosial membawa kepada pemikiran aras tinggi
12. Pelajar bertanggung jawab dalam pembelajaran sendiri.