Sedikit sebanyak tentang Blog ini ....

Blog ini telah ditubuhkan khas bagi memenuhi keperluan tugasan EDU3103 yang memerlukan kami( PISMP 2 H ) untuk membina satu E-Buletin yang berasaskan sistem blog. Semoga sedikit sebanyak ilmu yang terdapat di dalam blog ini dapat membantu . ^^

Jabatan Ilmu Pendidikan IPG Kampus Bahasa Melayu

Friday, July 30, 2010

Teori-teori Pembelajaran


Teori pembelajaran merujuk kepada prinsip- prinsip dan hukum- hakam pembelajaran yang dihasilkan daripada kajian- kajian ahli psikologi pendidikan. Teori pembelajaran ini merupakan asas kepada para pendidik agar dapat memahami tentang cara pelajar belajar. Selain itu, dengan adanya pengetahuan yang menyeluruh tentang teori pembelajaran ini, pendidik diharapkan agar dapat menghubung kaitkan prinsip dan hukum pembelajaran dengan kaedah dan teknik yang akan digunakan. Terdapat empat teori pembelajaran utama dalam pendidikan. Teori- teori ini adalah behaviorisme, kognitif, sosial dan humanis (Dr Bushra binti Ali).

Teori Behaviorisme
Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan.Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan. Behaviorisme secara umumnya merujuk kepada sains psikologi bagi keupayaan perhatian tingkah laku. Menurut Cik Hajjah Siti Fatimah Mohd Yassin, ahli-ahli psikologi Behavoris berpendapat bahawa pembelajaran adalah berkaitan dengan perubahan tingkahlaku. Perubahan tingkah laku semasa proses pembelajaran adalah kerana wujudnya perhubungan rangsangan (stimuli) dengan tindak balas(respon) organisma.Berasaskan perlaziman (conditioning), perkaitan rangsangan dan tindak balas akan membentuk sesuatu perhubungan baru. Apabila tindak balas terhadap sesuatu rangsangan wujud maka proses pembelajaran boleh dimulakan. Proses pembelajaran ini akan diteruskan apabila unsur motivasi diselitkan.

Teori Kognitif
Sementara itu, kognitif pula merujuk kepada proses mental yang melibatkan mengamati, mengetahui dan memahami. Ahli- ahli kognitif berpendapat bahawa pembelajaran ialah suatu proses dalaman yang berlaku dalam akal fikiran manusia di mana ianya tidak dapat diperhatikan secara langsung daripada tingkah laku manusia. Proses dalaman ini termasuk celik akal, pemprosesan maklumat dan persepsi.

Teori Sosial
Teori pembelajaran sosial pula adalah gabungan peneguhan behavioris dengan psikologi kognitif dalam pembelajaran yang sistematik. Para pelajar ditekankan agar menggunakan pemikiran dalaman dan tidak bergantung kepada pelaziman atau operan seperti dalam teori Behavioris. Tokoh yang begitu sinonim dengan teori sosial ini adalah Albert Bandura, yang mana berpendapat bahawa pemerhatian model penting dalam pembelajaran.

Teori humanisme
Teori pembelajaran terakhir adalah teori pembelajaran humanis. Teori ini menegaskan kepentingan cara pengajaran- pembelajaran yang dapat memenuhi kehendak individu berdasarkan perkembangan emosinya. Dalam konteks pendidikan, guru membantu klien (pelajar) bagi mengenal pasti masalahnya, bertindak terhadap masalah itu dan menuju ke arah penyelesaian.

Berdasarkan pemerhatian saya, teori yang digunakan oleh guru ini di dalam pengajaran dan pembelajaran ialah teori kognitif.Guru ini mementingkan perubahan tingkah laku pelajar dan tingkah laku tersebut adalah sejajar dengan perubahan kognitif.Pengajaran guru ini mementingkan aspek pemahaman dan berlakunya perubahan mental kepada murid-murid.Proses pengajaran dan pembelajaran dianggap berjaya apabila berlakunya perubahan mental di dalam diri pelajar, iaitu bertambahnya maklumat yang tersimpan dalam ingatan jangka masa panjang. Guru ini memulakan pengajaran dengan mempamerkan ayat –ayat yang bermakna iaitu petikan pantun di MS Power Point. Di dalam pengajaran dan pembelajaran ini terdapat langkah di mana guru menyuruh murid-murid membaca petikan pantun yang ditayangkan sehingga murid-murid memahami apa yang mereka baca.Ini bersesuaian dengan teori kognitif yang mementingkan murid-murid memahami apa yang dibaca dan berlaku perubahan mental di dalam diri mereka.

No comments:

Post a Comment